بيرو كاولن نركوتيق
PREVENTIVE DRUG EDUCATION
NARCOTICS CONTROL BUREAU
PRIME MINISTER'S OFFICE | BRUNEI DARUSSALAM
NDA

Pengenalan:
Dalam arena berkempen, merubah dari sesuatu tabiat dari tidak tahu kepada berpengetahuan, yang membawa kepada tahap kesedaran dan meningkatkan kefahaman, dengan pendekatan yang sesuai dan mudah diingat, insyallah tujuan kempen tersebut akan dapat dicapai. Slogan merupakan pendekatan penting yang mampu memberi kesan yang boleh mengkukuhkan lagi hasil sesuatu kempen.
 
Sehubungan dengan itu, Biro Kawalan Narkotik telah memilih satu slogan yang bersesuaian dengan masyarakat kitani di Brunei Darussalam dengan mengenalkan slogan tempatan yang pertama iaitu NDA!.   Selama ini slogan kempen antidadah yang digunakan adalah slogan dari Negara-negara jiran dan serantau seperti “Katakan tidak pada dadah, Say No to Drugs, Belia Benci Dadah dan sebagainya.  

NDA atau “inda” dalam bahasa Brunei bererti tidak, menolak, enggan atau tidak mahu.  Ianya dipilih kerana bahasa seharian yang mudah, singkat dan sangat bererti dalam menolak sesuatu yang tidak dipersetujui apabila ditawarkan.  Begitu juga dalam situasi penyalahgunaan dadah dimana dadah pada mulanya adalah ditawarkan dengan berbagai cara sama ada secara baik, halus, manis, tipu helah, perangkap atau dengan paksaan.

2019
Unit Publisiti dan Media Baru
Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah